Ahad, 29 Julai 2012

ADAB-ADAB TERHADAP IBU BAPA


Apa maksud beradab kepada ibu bapa? Maksudnya ialah bersopan santun dan berbuat baik kepada ibu bapa dalam pertuturan, perbuatan dan tingkah laku. Islam mewajibkan umatnya supaya beradab kepada ibu bapa. Maka, berdosa besar kepada mereka yang menderhakai ibu bapa. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah Luqman:14.
Maksudnya: "Dan kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusunya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu."

Macammana cara kita perlu beradab kepada ibu bapa?
Pertamanya, kita mestilah mengasihi dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Doa anak-anak soleh untuk ibu bapa sangat berharga. Bukannya susah nak mendoakan mereka, cuma kita perlukan sedikit masa saja. Contohnya kita boleh doakan mereka lepas solat dan sebelum tidur.
Keduanya pula, sebagai anak kita perlu mentaati perintah mereka selagi perintah itu tidak bertentangan dengan syarak. Perintah Allah kita wajib patuh. Begitu juga perintah kedua ibu bapa kita. 
Ketiga, sebagai anak jagalah perasaan ibubapa kita. Mereka ni sensitif tau kalau kita 'ter' atau sengaja cakap sesuatu yang buat mereka terasa hati. Kalau kita boleh jaga hati member2 dan orang2 kat sekeliling kita, kenapa kita tak boleh nak jaga perasaan ibubapa kita? Padahal ibubapa lah yang paling dekat ngan kita. Bila bercakap ngan mereka, cakap lah sopan santun, rendahkan suara dan janganlah bantah cakap mereka tu. Mereka kan makan garam dulu dari kita ni.

Kenapa kita diwajibkan beradab kepada ibubapa?
Pertama: Seperti yang kita maklum, ibulah yang melahirkan kita ke muka bumi ini. Cuba kita renung seketika, ibu mengandungkan kita selama 9 bulan dan bertarung nyawa melahirkan kita semata-mata ingin lihat kita juga boleh hidup di muka bumi Allah ini. Apa sebab kita tak nak menghormatinya? Tak de sebab kan.
Kedua: Bila kita lahir saja, ibubapa lah yang paling gembira akan kelahiran kita. Mereka menyusukan, mengasuh dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang sampai kita dewasa. Kadang-kadang kita kurang beradab dengan mereka, kenapa? Sebabnya, bila kita dah besar, kita tak nampak pengorbanan mereka itu. Yang kita nampak hanyalah kemudahan, keseronokan dan kemewahan je.
Ketiga: Mula-mula kita belajar sesuatu, kita belajar dengan dua orang cikgu. Sape? Tentulah ibubapa kita. Dari kita tak tahu apa-apa, mereka didik dan beri kita pelajaran, sampailah kita tahu apa erti hidup. Ibubapa lah yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kita. Betul, guru-guru, rakan-rakan dan orang disekeliling kita pun membantu kita juga. Tapi first person tu, adalah ibubapa kita.
Tambah kapsyen
Keempat: Ibubapa sediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk kita. Mereka bekerja seharian untuk cari nafkah so that kita boleh makan makanan yang enak, pakai baju cantik dan rumah yang selesa. So, kita memang patutla kita hargai apa yang mereka dah lakukan untuk kita. Tapi, kenapa sesetengah orang muda sekarang ni susah sangat nak beradab kepada ibubapa, dan paling teruk sampai boleh bunuh ibubapa mereka. Nauzubillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan